Anak saya dah 9 tahun, masih relevan ke ilmu dan teknik eBook ini??
Sangat relevan! Walaupun siri ini direka untuk usia 4-7 tahun, prinsip-prinsip "Main Dulu" dan pendekatan positif ini berkesan untuk anak-anak seawal 3 tahun hingga selewat 9 tahun. Yang penting, lebih awal anda mulakan, lebih mudah prosesnya.
Saya sendiri lemah Matematik. Boleh ke saya ajar anak saya?
Ini sebenarnya boleh jadi kelebihan! Buku ini bukan tentang mengajar Matematik tapi tentang menciptakan pengalaman positif bersama anak. Anda tidak perlu tahu semua jawapan. Yang penting anda tunjukkan kesanggupan untuk cuba dan belajar bersama. Kelemahan anda dalam Matematik boleh menjadikan anda lebih empati dan sabar dengan anak.
Berapa masa perlu saya iuangkan setiap hari?
Aktiviti dalam buku ini direka untuk 5-30 minit sahaja sehari. Malah, banyak aktiviti berlaku secara semula jadi dalam rutin harian anda, masa masak, masa mandi, masa dalam kereta. Anda tidak perlu luangkan masa tambahan. Cuma tukar cara pandang sahaja.
Dalam format apa buku ini? Boleh baca guna fon?
Semua 5 buku dalam format PDF yang boleh dibaca dalam mana-mana peranti seperti telefon pintar, tablet, laptop atau komputer. Selepas bayaran, anda akan dapat link muat turun segera. Boleh simpan dan baca bila-bila masa tanpa perlu internet.
Boleh ke guna teknik ini jika anak kecil saya lebih dari seorang?
Boleh sahaja! Kebanyakan aktiviti dalam Buku 2 boleh dilakukan bersama beberapa anak dengan tahap yang berbeza. Anak yang lebih tua boleh bantu adik, dan itu sendiri adalah cara belajar yang paling berkesan. Buku 5 pula boleh disesuaikan untuk mengikut perkembangan setiap anak.